TETAMU….Rasil (tiga dari kanan) dan Fauziah (tiga dari kiri) meraikan kehadiran Datuk Bashir (duduk tengah) dan tetamu lain yang hadir pada majlis tersebut.
LABUAN: Program “Showcase Raikan Syawal” anjuran kolaborasi bersama agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOM), Jabatan Penyiaran Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, (JaPEN) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) disambut secara sederhana, namun tetap meriah.
Program yang bertemakan “Keluarga Malaysia” diserikan dengan pelbagai pengisian progam, antaranya; Rakaman Progam Plektrum 22, Kecoh Raya Kak Mah dan Kak Pora serta Hari Bertemu Pelanggan RTM dan Info On Wheel (IOW) Jabatan Penerangan W.P Labuan.
Selain itu, penganjuran program itu memperlihatkan kecaknaan agensi kementerian K-KOMM di Labuan melalui tanggungjawab sosial terhadap masyarakat setempat di samping menghargai dan mendekati pendengar Labuanfm.

RAKAN Media adalah antara tetamu yang hadir pada Program IOW & Showcase Raikan Raya.
Program yang bermula jam10 pagi hingga 1 petang itu turut dihadiri oleh beberapa pemimpin tempatan termasuklah Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, Pengerusi Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML), Dato’ Seri Mohd Alias Abdul Rahman bersama isteri Datin Seri Norsiah Abdullah dan Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Labuan, Datuk Dr. Ramli Tahir.
Turut hadir memeriahkan suasana hari raya yang diadakan diperkarangan bangunan Kompleks Komunikasi dan Multimedia Malauysia (K-KOMM) itu turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan agensi kerajaan, Ketua-Ketua Kampung, pemimpin Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan pemimpin Komuniti Keluarga Malaysia (KKM).
Sementara itu, kehadiran pemimpin masyarakat dan orang di majlis itu telah disambut oleh Pengarah Jabatan Penerangan, Rasil Hajatil bersama Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran, Fauziah Mohd Sidek dan Ketua Biro Bernama Labuan, Jailani Hassan.



