BASHIR ketika berucap merasmikan Program Semarak Desa Kampung Bukit Kalam.
LABUAN: Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias berkata Program Semarak Desa yang dirangka selaras dengan pembangunan luar Bandar bertujuan untuk mekrayatkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan KEMAS melalui penyediaan perkhidmatan kepada masyarakat akar umbi.
Selain itu katanya, ia juga berperanan untuk memberi penekanan kepada penyampaian dasar kerjaan dengan meningkatkan hubungan pemimpin dan komuniti dengan agensi kerajaan.
“Program Semara Desa adalah salah satu cara pendekatan yang baik dimana menerusi program ini dasar-dasar kerajaan dapat disalurkan kepada penduduk setempat” kataya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Semarak Desa 2022 Kampung Bukit Kalam anjuran KEMAS yang diadakan di astaka terbuka Kampung berkenaan baru-baru ini.
Hadir sama, Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran KEMAS Labuan, Salmiah Daud, Ketua Kampung Bukit Kalam, Shuhaimi Haji Kula dan Pembantu Masyarakat Kanan, Pendidik Kemahiran KEMAS Labuan, Siti Zaharah Manap.
Bashir yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan berharap melalui program ini dapat menjadi asas dalam mencorakkan komuniti desa lebih aktif serta mampu memperkukuhkan institusi kekeluargaan dan masyarakat.
Pada program itu, Bashir turut menyerahkan bakul makanan kepada penduduk asnaf kampungBukit Kalam.