ADVERTISEMENTspot_img

Program Reaching Out USR UiTM – JKN Sabah Vol. 2 berlangsung dengan jayanya

Para peserta Program Reaching Out USR UiTM – JKN Sabah Vol. 2 merakamkan gambar kenanangan bersama Dr Wong


RANAU: Program Reaching Out USR UiTM – JKN Sabah Vol. 2 bagi membantu komuniti pribumi di Kundasang dan Ranau melalui pemeriksaan kesihatan dan pendidikan kesihatan telah berjaya dijalankan di sini baru-baru ini


Program anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) UiTM Shah Alam itu, direalisasikan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Sabah (Kampus Kota Kinabalu), dan Universiti Kebangsaan Malaysia.


Objektif utama program ini adalah memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada ahli BSMM UiTM Shah Alam dalam khidmat sukarelawan dan kesihatan awam.


Program ini penting kerana ia bukan sahaja memperkasakan kemahiran ahli BSMM dalam pertolongan cemas dan khidmat masyarakat, tetapi juga menyokong Sustainable Development Goals (SDG) iaitu Good Health and Well-Being serta Quality Education.


Ia juga menjadi platform untuk mempromosikan nilai murni UiTM dan membantu komuniti setempat yang memerlukan, khususnya dalam aspek kesihatan dan kebersihan diri.


Kerjasama ini bertujuan memanfaatkan kelebihan sumber dan kepakaran institusi- institusi yang terlibat untuk menyokong komuniti setempat dengan khidmat kesihatan dan pendidikan.


Aktiviti Pertama pada Sabtu 13 September 2025 dijalankan di Kg Kibbas, Ranau turut disertai Pegawai Kesihatan Daerah Ranau, Dr Wong Yoke Kong, dengan sasaran peserta seramai 500-700 penduduk kampung.


Aktiviti utama dalam program itu ialah seprti pemeriksaan kesihatan, pameran kesihatan, demonstrasi penjagaan gigi, demonstrasi pembersihan kutu, demonstrasi pertolongan cemas asas.


Aktiviti Kedua pada hari berikutnya dijalankan Rumah Anak Yatim Kg Silad, Ranau dengan sasaran peserta seramai 100 orang warga rumah anak yatim.


Aktiviti utama yang dijalankan adalah seperti pemeriksaan kesihatan, melukis mural, menanam pokok, membina mini l ibrary, aktiviti bersama anak-anak yatim dan demonstrasi pembersihan kutu.


Matlamat Utama Program ini ialah bagi meningkatkan kesedaran kesihatan awam, memberikan pendedahan pertolongan cemas asas, dan membantu penduduk kampung pribumi di Kundasang dan Ranau melalui pemeriksaan kesihatan percuma serta pendidikan kesihatan.


Ia juga bertujuan mengasah kemahiran sukarelawan ahli BSMM dan mempromosikan nilai murni UiTM.


Ini merupakan edisi kedua program “Reaching Out: USR UiTM – JKN Sabah” selepas kejayaan edisi pertama, yang telah menunjukkan impak positif terhadap komuniti dan pelajar.


Edisi Vol. 2 ini memperluas usaha tersebut dengan melibatkan lebih banyak aktiviti dan kerjasama untuk memenuhi keperluan kesihatan dan sosial masyarakat Sabah.

PIX:
1 – Para peserta Program Reaching Out USR UiTM – JKN Sabah Vol. 2 merakamkan gambar kenanangan bersama Dr Wong
2 – Sbeahagian peserta turut mendirikan kiosk pameran sepanjang program dijalankan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN