SIMBOLIKā¦Dr.Zaliha memotong rebin sebagai simbolik pelancaran MYGrocer @Wilayah di Kampung Bukit Kalam sambil diperhatikan Noridah Dan Rithuan.
LABUAN: Program MYGrocer@Wilayah adalah salah satu inisiatif berterusan kerajaan untuk menangani isu kos sara hidup yang tinggi khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, program MYGrocer@Wilayah diwujudkan bagi memastikan barang keperluan harian dapat dibeli dengan harga yang lebih rendah tanpa mengabaikan kualiti sekaligus mengurangkan kos sara hidup rakyat.
āProgram MYGrocer@Wilayah in merupakan sebahagian usaha Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP,) untuk meringankan beban kewangan rakyat.
āSetakat ini ia telah beroperasi hampir kesemua kampung di pulau iniā katanya pada majlis pelancaran MYGrocer@Wilayah di Kampung Bukit Kalam, baru baru ini.
Jelas beliau lagi, program MYGroce@Wilayah adalah selari dengan Program Usaha Jaya Insan (PUJI) inisiatif insan dimana para pembeli boleh mendapat penjimatan antara 5 hingga 20 peratus daripada pasar awam.
Selain itu katanya para pengguna juga boleh membeli secara terus dalam talian melalui platform laman web MYGrocer Online.
āPerkhidmatan secara dalam talian ini juga membuka satu lagi peluang pekerjaan iaitu services delivery yang dinamakan sebagai āWakeelā yang akan memberikan perkhidmat menghantar barangan yang ditempah oleh pengguna sehingg ke pintu rumahā katanya.
Program MYGrocer ini juga turut memberi manfaat kepada 5,529 golongan asnaf yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan untuk mendapatkan barang keperluan asas MYGrocer @Wilayah nelalui aplikasi boost MAIWP.
Turut diadakan pada majlis pelancaran MYGrocer@Wilayah itu ialah Tamu Budaya yang menghimpunkan 26 usahawan tempatan yang menjual pelbagai jenis produk termasuk barangan kraftangan dan artisan.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Indera Noridah Abdul Rahim, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, Pengerusi Perbadanan Labuan, Tan Sri Hsnifah Aman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.