30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program MyChampion beri  kesedaran pembiakan nyamuk Aedes

Dayang Ramraini (belakang pakai cermin mata hitam), Dr Nuramalina (dua kiri), Junaidi (tiga kiri) dan Haji Che Mat bersama AJK Penganjur.

LABUAN: Program MyChampion Ramadan 2024 anjuran bersama ahli COMBI, KOSPEN dan guru-guru SMK Mutiara telah diadakan di Kantin SMK Mutiara dan Labuan Walk  baru baru ini.

Program tersebut antara lain bertujuan untuk menyampaikan mesej kesihatan dan pencegahan tempat pembiakan  nyamuk Aedes khususnya menjelang musim perayaan.

Program tersebut telah diketuai oleh Pegawai Seksyen Promosi Kesihatan, Dayang Ramraini Brama bersama  Ketua Unit Kawalan Penyakit Tidak berjangkit (NCD), Dr Nuramalina Izzati Nazaruddin.

Selainitu,program tersebut turut diselitkan penyampaian 300 pek  Bubur Lambuk kepada pengunjung di Bazar Ramada Labuan Walk.

Hadir sama, Pengerusi COMBI Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidi Amit dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 2, Haji Chemat Mustapha.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN