25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program Kempen Derma Darah Perdana pada 5 Mac ini: Rafie Robert

KENINGAU:Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau akan menganjurkan Program Kempen Derma Darah Perdana Tahun 2022 Peringkat Daerah Keningau pada 5 Mac (Sabtu)ini  di Tapak Pasar Malam Keningau.

Pengerusi penganjur Rafie Robert (gambar) berkata, program itu akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.

Katanya, program itu bertujuan membantu pihak Unit Transfusi Darah Hospital Keningau yang memerlukan stok darah sepanjang masa.

Sehubungan dengan itu Rafie yang juga Naib Ketua Armada Bersatu Sabah dan Ketua Armada Bersatu Keningau meminta orang ramai khususnya penderma darah di daerah tampil menderma bagi membantu mereka yang memerlukan tambahan darah.

“Marilah bersama-sama menjalankan tanggungjawab menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan darah dengan hanya membantu menyumbangkan darah anda melalui Kempen Derma Darah” katanya. 

Rafie memberitahu, sebagai tanggungjawab dan usaha oleh pihak penganjur, melalui program ini para penderma darah juga akan menerima sekampit beras dan sijil sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang hadir menderma darah.

“Sesungguhnya satu beg (pain)darah mampu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukannya, jadi mari lah kita bersama-sama membantu antara satu dengan yang lain sebagai tanggungjawab sosial kita” ujarnya.

Rafie dalam kenyataannya berkata, beliau dahulukan ucapan terima kasih kepada mereka yang datang menderma darah pada program itu nanti.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN