31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program Fiesta Feminin Aktif KBS Peringkat Negeri Sabah 2022 berlangsung dengan jayanya

Robert (tiga dari kanan)menerima cenderakenangan daripada pihak penganjur.

KENINGAU:Pelbagai pengisian diadakan pada Program Fiesta Feminin Aktif Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022 yang berlangsung di Dewan Datuk Angian Andulag Pekan Apin-Apin dekat sini pada Sabtu lepas.

Antaranya, pemeriksaan kesihatan percuma, pelbagai pertandingan sukan dan sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan memasak berasaskan produk Adabi dan senamrobik terbuka.

Program ini turut dimeriahkan lagi dengan penyertaan dan penglibatan Kawasan-Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah menyemarakkan suasana dan program yang julung kalinya diadakan seumpama ini di Pekan Apin-Apin yang sememangnya mendapat sambutan yang luar biasa dengan pelbagai pengisian yang sangat bermanfaat.

Program itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor dalam ucapannya berkata, sememangnya program ini membawa impak dan manfaat yang besar terhadap kehidupan masyarakat dalam mengamalkan gaya hidup sihat serta langkah dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah “Negara Bersukan”.

Pada masa sama Robert mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan AJK Pelaksana atas kejayaan penganjuran program ini.

Beliau turut menyampaikan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana menjayakan serta memeriahkan program ini. 

“Penglibatan dan sokongan masyarakat pelbagai lapisan amatlah dihargai” katanya.

Hadir sama pada program ini, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah Apui Jan, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Keningau, PPM N.40 Bingkor Junior Fred Vincent, CDO N.40 Bingkor Tinus Majip, Penyelia Kemajuan Masyarakat N.40 Bingkor Zaki Zakaria, Pemaju Mukim Apin-Apin Dennis Joakim serta kakitangan pejabat ADUN N.40 Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN