26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 10, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program  Citra Minda beri manfaat kepada dua generasi- Ansharey

OSMAN (dua dari kiri) ketika merasmikan Program Citra Minda Intergenerasi sambil diperhatikan Ansharey (kiri) dan Dahlan.

LABUAN:Program Citra Minda  memberi manfaat kepada dua generasi dalam  memberi kesedaran  kepada  golongan muda dan warga emas mengenai keperluan  menjalankan aktiviti secara bersama dan bermasyarakat.

Demikian kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),  Wilayah Persekutuan Labuan, Ansharey Matarsad ketika berucap pada Program Citra Minda Intergenerasi 2023 yang diadakan di Dewan Kompleks Darul Kifayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pada Sabtu.

Beliau berkata, program  tersebut merupakan program tetap yang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negara (JPWEN) sejak lima tahun yang lalu.

“Ia juga selaras dengan strategi ke lima yang terkandung dalam Dasar Warga Emas Negara iaitu penglibatan dan kesepakatan antara dua generasi” katanya.

Selain itu  Amsharey berkata, program tersebut juga bertujuan untuk memberi kesedaran dan merapatkan jurang antara dua generasi muda dan  warga emas disamping  dapat membudayakan sikap saling hormat menghormati dan menghargai antara generasi.

Program  anjuran JKM Labuan bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah dan Universiti Malaysia Sabah Kmpus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) itu telah disertai oleh 50 warga emas dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan 70  kanak- kanak  daripada Kompleks  Darul Kifayah  (MAIWP) Labuan.

Sementara itu, majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif  (Pengurusan), Perbadanan Labuan, Datuk Osman Che Jusoh mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.

Hadir sama, Pengarah LPPKN  Negeri Sabah, Suszma Khairitszi Mamat, Pengerusi PAWE Labuan, Dahlan Kassim dan Pengetua Kompleks Darul Kifayah, Ustaz Abdul Fattah Abdul Hafiz.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN