27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program Bulan Keselamatan Negara: Imbau Tragedi MH 17

SIMSUDIN menyampaikan cenderahati kepada Khairul sambil diperhatikan tetamu yang lain.

LABUAN: Program Bicara Eksekutif “Mengimbau Tragedi MH17” sempena Bulan Keselamatan Negara  anjuran  Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan  mendapat Sambutan apabila dihadiri oleh lebih 300 peserta.

Program yang mendapat kerjasama pihak Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dan Perbadanan Labuan itu telah diadakan di Dewan Kuliah Utama UMSKAL  pagi ini (Rabu).

Mereka yang hadir melibatkan Ketua Agensi Kerajaan, Pegawai dan anggota keselamatan, syarikat swasta, pemimpin masyarakat dan ahli ahli Dewan  Perniagaan serta badan bukan Kerajaan (NGO’s).

Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.

Pengisian utama program tersebut ialah ceremah khas yang disampaikan oleh  Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik Pejabat Perdana Menteri, Khairul Helmi Mokhtar yang juga Ketua Misi MH17.

Beliau merupakan salah seorang individu penting dalam pengurusan dan pengendalian krisis semasa tragedi pesawat MH17.

Simsudin ketika berucap merasmikan Program itu berkata Bulan Keselamatan Negara disambut pada bulan Julai setiap tahun bagi memupuk kesedaran keselamatan dan meningkatkan tahap kecintaan kepada negara.

Katanya, dalam usaha memastikan negara membangun selari dengan aspek kemampanan, perihal Keselamatan Negara haruslah menjadi tunjang  utama.

“Sekiranya usaha kearah keselamatan negara dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat, nilai kesejahteraan yang unggul dapat digapai bersama” katanya.

Sementara itu, Pengarah MKN, Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Hafiz Mohd Daud  berkata, negara yang selamat memerlukan kadaulatan dan keutuhan Wilayah yang terperlihara, kestabilan sosio-politik, kesepaduan Nasional, tatakelola yang baik, keutuhan ekonomi, keadilan sosial, pembangunan mampan, keselamatan rakyat dan seterusnya diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Tambahnya, tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014 menjadi satu mimpi ngeri dan menyayat hati buat negara apabila 43 orang rakyat Malaysia termasuk juruterbang dan anak kapal daripada 298 mangsa keseluruhan terkorban.

“Insiden ini merupakan satu bentuk ancaman udara yang berkemungkinan boleh berulang pada masa hadapan sekiranya negara tidak memberi perhatian yang serius terhadap langkah yang perlu diambil bagi mendepani keselamatan yang melibatkan negara lain”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN