PENGASINGAN…. sebagahian ahli ARPRM mengasingkan jenis pakaian sebelum diagihkan kepada mangsa kebakaran.
LABUAN: Program Belia Prihatin dengan kerjasama Ahli Perlimen Belia Labuan, Majlis Belia Labuan (MBL) dan peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Wilayah Persekutuan Labuan akan membantu mengagihkan pakaian terpakai kepada mangsa kebakaran rumah pekerja salah sebuah syarikat binaan di Jalan Rancha-Rancha, pagi ini.
Menurut Ahli Perlimen Belia Labuan, Nazera Roslan yang juga pemimpin ARPRM berharap dengan sumbangan itu akan dapat membantu sedikit sebanyak mangsa yang terlibat dengan bencana tersebut.

AHLI…..ARPRM yang bertindak sebagai sukarelawan dalam Program Belia Prihatin.
“Selain itu ia juga memberi pendedahan kepada belia
secara hands-on mengenai kerja-kerja kesukarelaan” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini.
Dalam kejadian pada pagi Selasa tiga blok rumah kongsi yang menempatkan seramai 105 orang daripada 56 buah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah tersebut musnah dijilat api,
Kesemua mangsa ketika ini ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS), Dewan Kompleks Sukan Labuan.