SEMANGAT….. Rohana (enam dari kiri) bersama peserta Merdeka Ride bergambar kenangan sebelum perlepasan konvoi.
LABUAN: Program 65th Merdeka Ride sempena sambutan Bulan Kemerdekaan anjuran Muzium Labuan dengan kerjasama PDRM Labuan berjaya menyemarakkan semangat patriotik dikalangan pencinta motosikal di pulau ini.
Program yang di sertai sebanyak 65 buah motosikal berkuasa tinggi dan kecil yang berkonvoi mengelilingi pulau Mutiara Laut China Selatan sejauh 95 kilometer sambil membawa Jalur Gemilang telah diadakan pagi Sabtu di hadapan perkarangan bangunan Muzium Labuan.
Sementara itu, majlis pelepasannya disempurnakan oleh Pengarah Muzium Labuan, Rohana Hussin.
Rohana ketika ditemui media berkata, program tersebut adalah salah satu aktiviti Muzium Labuan bertujuan bukan sahaja untuk menerapkan nilai kemerdekaan dan rasa cinta terhadap negara di kalangan pencinta motor, tetapi juga ia membudayakan keprihatinan masyarakat terhadap erti kemerdekaan.
MERDEKA RIDE…sebahagian peserta 65th Merdeka Ride yang menyertai konvoi tersebut.
“Program ini secara tidak langsung dapat menerapkan nilai nilai kemerdekaan dan keprihatinan masyarakat mengenai erti kemerdekaan yang telah dikecapi sejak 65 tahun yang lalu” katanya.
Turut diadakan sebagai aktiviti sampingan pada program itu ialah pertandingan mewarna yang melibatkan penyertaan kanak-kanak Tadika dan murid tahap satu, cabutan tiket bertuah dan persembahan silat oleh Persatuan Gerak Silat Cengkam Harimau Ghaib Malaysia, Kampung Ganggarak.