26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Produk Pelancongan Anak Tempatan Keningau Terima Anugerah Pengiktirafan.

Rafie (dua dari kanan) semasa menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ewon.

KUALA LUMPUR : Taman Bandukan Riverside Resort Sdn Bhd (TBRR) Keningau yang bakal menyambut ulang tahun ke 22 pada Oktober 2024 tahun hadapan terpilih untuk menerima anugerah pengiktirafan Bumiputera Business Excellence Awards dalam kategori SME Tourism, Boutique Resort.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick bertempat di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur pada 30 November 2023.

Pengerusi Bumiputera Business Excellence Awards 2023 Encik Mahathir Bin Mahzan dalam ucapannya berharap agar akan ada lebih banyak wajah-wajah baharu dan lama yang akan tampil dan turut serta menerima pengiktirafan berprestij ini pada masa akan datang.

“Sesungguhnya, anugerah ini bakal menjadi pembakar semangat untuk memastikan lebih banyak kejayaan yang luar biasa oleh usahawan dan syarikat-syarikat bumiputera” katanya.

Katanya, disamping lebih daripada 70 penerima anugerah lain dalam pelbagai kategori perusahaan di seluruh Malaysia, Pengarah Urusan, Encik Rafie Robert merupakan satu-satunya penerima anugerah dalam kategori tersebut.

Beliau turut berharap agar penganugerahan ini akan membuka pintu kepada produk-produk pelancongan di sekitar daerah Keningau untuk turut diteroka dan menjadi destinasi pelancongan pengunjung yang datang ke Sabah sama ada pelancong domestik atau luar negara.

Sementara itu dalam temu bual rancangan Apa Khabar Malaysia di Wisma Bernama 29 November 2023, sehari sebelum hari penganugerahan, Encik Rafie Robert turut berkata, Taman Bandukan Riverside Resort (TBRR) masih dalam fasa pembangunan dan berharap agar TBRR mencapai taraf destinasi pelancongan antarabangsa dan menjadi tarikan utama pelancong luar yang berkunjung ke Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN