Mohd. Syazwan (kanan) menyampaikan Sijil penghargaan kepada pihak penaja.
RANAU: Produa Myvi Owner Sabah (PMOCS) capai kejayaannya tersendiri, apabila berjaya menganjurkan konvoi melibatkan lebih 100 ahli keluarga mereka bersama komuniti setempat.
Penasihat PMOCS, Mohd. Shahrizal Bin Abd. Jamal ketika ditemui memberitahu kejayaan kelabnya menganjurkan konvoi tersebut mendapat sambutan menggalakkan dikalangan ahli kelab sempena Hari Kebangsaan yang ke-63 tahun.

Menurutnya, meskipun masih dalam situasi menangani pandemik Covid-19 namun, tidak mematahkan semangat para peserta untuk menyertai konvoi dengan mematuhi Standard Operasi Prosidure (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.
“Kita harus akur dengan arahan yang dikuatkuasakan bagi memutuskan rantaian wabak Coronavirus”, jelas Mohd. Shahrizal sambil menyifatkan program konvoi itu mampu memupuk dan mengeratkan silaturahim sedia terjalin dikalangan ahli dan komuniti sekaligus dapat menanamkan semangat patriottik dikalangan mereka tanpa mengira suku kaum dan agama.

Mohd. Shahrizal memaklumkan beberapa aktiviti telah dijalankan dua hari sebelum konvoi termasuklah perlawanan Futsal, Pertandingan mewarna kategori kanak-kanak, Pertandingan Zumba di Redhill, Majlis Makan Malam serta perasmiannya dengan Countdown (31 Ogos) diserikan dengan salingan lagu-lagu menerusi karaoke, Cabutan Bertuah dan Permainan Berkumpulan.
Sementara itu Duta Syarikat Ultron Sabah, Mohd Syazwan Bin Yusuff dalam ucapan perasmiannya memuji PMOCS kerana berjaya menganjurkan program konvoi yang berperanan memantapkan persaudaraan dan ikatan silaturahim dikalangan ahli dengan masyarakat setempat.
“Syarikat kami (Ultron) Sabah merakamkan penghargaan kerana dipilih sebagai penaja bersama Addmire bagi menjayakan konvoi merdeka ini, yang merupakan kolaborasi pertama kami dalam bidang permotoran”, jelas Syazwan.
Menurutnya lagi, pihaknya sedang merancang dan merangka strategi melaksanakan satu program berskala besar bagi memecah rekod negara sebelum ini dengan melibatkan semua kelab permotoran di Sabah, sebagai satu CSR diri pihak Ultron Sabah ke arah membantu para belia, kelab dan NGO dalam menyemai rasa cintakan negara.
Program konvoi tersebut melibatkan penyertaan dari negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan turut dihadiri penyampai Radio Terkemuka Sabah, Addmire Addnan bin Saripuddin.