35 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Princessca Yvanne dimahkota Unduk Ngadau Labuan 2024

JUARA UNDUK NGADAU…Princessca Yvanne (tengah), naib juara Elvira Linda (dua dari kiri) dan tempat ketiga Wirnesly (dua dari kanan) bersama hadiah yang dimenangi.

LABUAN: Princessca Yvanne Kimberly  Abalbert, 24, dinobat sebagai Unduk Ngadau  Kaamatan Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, pada Ahad.

Princessca yang beradal Dari Ranau berjaya menewaskan lapan peserta akhir untuk menerima   hadiah wang tunai RM3,000, mahkota dan trofi   dan hadiah iringan.

Beliau yang menampilkan rekaan kontemporari  inspirasi daripada tiga pakaian tradisi Dusun Liwan akan mewakili Labuan ke peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan di Dewan Hongkod Koisaan (KDCA) Penampang pada penghujung bulan ini.

Naib johan dimenangi oleh Elvira Linda Sipayang, 22,  menerima hadiah wang tunai RM1,800 dan tempat ketiga dimenangi oleh  Wirnesly Winol, 22,  merupakan seorang pelajar  menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Hadiah disampaikan oleh isteri Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Base Sdn. Bhd,  Supiani Sibin.

Terdahulu sebelum itu Ahli Parlimen Labuan merasmikan sambutan  Pesta Kaamatan 2024 peringkat Labuan.

Hadir sama pada majlis perasmian itu, Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Kesenian  Kadazan Dusun (KDCA) Labuan, Jerome Mijin dan Pengerusi Penganjur Pesta Kaamatan peringkat Labuan, Sheiro Chang, Ketua PBS Bahagian Labuan, Peter Mak dan Pengerusi Dewan Perniagaan  dan Industri Kadazan Dusun, Paul Ipoh Loekin. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN