ADVERTISEMENTspot_img

PPZ terima Wang Zakat Perniagaan RM 2.4 juta dari CIMB Islamic Bank.

SERAH…. Ahmad Suhaimi menyerahkan secara simbolik replika bayaran Zakat Perniagaan RM2. 4 juta kepada Abdul Hakim (kanan).

LABUAN: Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan menerima bayaran wang Zakat Perniagaan berjumlah RM 2.4 juta daripada CIMB Islamic Bank

Majlis penyerahan bayaran wang Zakat Perniagaan itu telah disampaikan oleh Ketua Serantau Penasihatan Syarikat Tadbir Urus CIMB Islamic Bank, Ahmad Suhaimi Yahya kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPZ, MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman dalam satu Majlis Serahan Wang Zakat Perniagaan di Auditorium Masjid An Nur, di sini pada Rabu.

Turut diadakan pada majlis itu penyerahan sumbangan Wakalah CIMB Islamic Bank untuk pembangunan komuniti berjumlah RM500, 000.00

Terdahulu, Abdul Hakim. Ketika berucap pada majlis itu berkata, bayaran zakat perniagaan yang diserahkan oleh CIMB Islamic Bank bukan sahaja membuktikan sebagai sebuah intitusi kewangan terkemuka, tetapi juga menzahirkan tanggung jawab syarikat terhadap tuntutan agama selain menyumbang secara langsung kepada kesejahteraan umah khususnya golongan asnaf di Wilayah Persekutuan.

“Kami di PPZ amat menghargai komitmen CIMB Islamic Bank yang sentiasa konsisten menunaikan zakat perniagaan dan usaha ini wajar dijadikan contoh oleh syarikat syarikat lain yang bukan hanya memberi sumbangan dalam bentuk meterial tetapi juga membina ekosistem ekonomi yang mampan, berkat dan inklusif.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN