25 C
Kota Kinabalu
Selasa, November 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PPZ-MAIWP kumpul RM758 juta pungutan zakat tahun lalu

DR ZULKIFLI  (tengah) bersama warga agensi Agama di Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan, pada Selasa

LABUAN: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah mengumpul wang pungutan zakat sebanyak RM758 juta pada tahun lalu, berbanding RM688 juta pada tahun sebelumnya iaitu meningkat 11 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata peningkatan kutipan  itu berdasarkan kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi di negara ini.

“Pungutan zakat telah meningkat sebanyak 11 peratus dan ini akan membantu MAIWP untuk mempelbagaikan skim bantuannya kepada kumpulan Asnaf,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat  bersama warga  agensi Agama di Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan, pada Selasa.

Beliau berkata antara skim bantuan yang ditawarkan MAIWP adalah sumbangan bulanan, bantuan sewa rumah, bantuan Al-Gharimin, bantuan Ibnu Sabil, bantuan perubatan, bantuan peralatan sekolah, di samping skim bantuan perkahwinan, persediaan untuk pendidikan ke peringkat tingi, bantuan kepada agensi kebajikan serta aktiviti perniagaan dan pertanian.

Menurutnya tahun ini Baitulmal-MAIWP Labuan telah memperuntukkan RM20 juta khusus untuk memberi pelbagai bentuk bantuan kepada asnaf di pulau ini yang terjejas pendapatan mereka susulan meletusnya pandemik COVID-19.

 “MAIWP akan terus berusaha untuk memastikan kumpulan Asnaf dijaga dengan baik dan hidup dengan selesa,” katanya.

Dr Zulkifli berkata, Baitulmal-MAIWP Labuan telah diperuntukan  RM20 juta tahun ini untuk pelbagai skim bantuan untuk membantu kumpulan Asnaf di pulau ini.

Sempena lawatan kerja itu beliau  juga turut melakukan kerja turun padang melalui program Ziarah Prihatin bertemu secara bersemuka dengan golongan asnaf untuk menyampaikan bantuan pembinaan rumah dan perubatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN