29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PPPSBK terima sumbangan Insentif Seni berjumlah RM5 ribu daripada KPSB Malaysia

TERIMA KASIH….Mariana (kiri) menerima replika Cek RM5 ribu disampaikan Dato’ Sri Hajah Nancy, diperhatikan Datuk Jonathan (kiri)bersama tetamu yang lain.

KUNDASANG: Persatuan Pemborong dan Peruncit Sayur Bumiputera Kundasang (PPPSBK) menerima sumbangan Insentif Seni berjumlah RM5 ribu daripada Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia disampaikan menterinya, Dato’ Sri Hajah Nancy  Binti Shukri sempena  program Merakyatkan Seni Budaya “Jejak Budaya@Kundasang 2021 di Pentas Budaya Pekan Kundasang pagi tadi (23 Disember).

Pengerusi Persatuan PPPSBK, Mariana Binti Taliban yang mewakili persatuan menerima sumbangan berupa Cek  ketika ditemui mewakili 228 ahli persatuan berdaftar merakam pengharkaan dan terima kasih kepada Kementerian  Pelancongan, Seni Dan Budaya Malsysia kerana sudi menghulurkan sumbanga tersebut bagi meringankan beban para ahli persatuan yang turut terkesan dengan pandemik Covid-19 yang kini belum berakhir.

“Sumbangan ini kami gunakan untuk membantu ahli yang benar-benar terkesan dengan pendemik
Covid-19″, jelas Mariana ketika di temui selepas menerima Cek itu  di perkarangan gerai Kios pekan Kundasang.

Hadir sama menyaksikan penyerahan replika Cek itu ialah, Timbalan Menteri Dalam Negeri II,  yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin dan Pegawa Daerah Ranau, Syahrin Bin Samsir serta rombongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia bersama para penjaja  Gerai Kios Kundasang.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN