28 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PPM KUALA PENYU DAN 10 YANG LAIN DIJANGKA AKAN DISINGKIRKAN.

Hj Abdullah Minun…Pengarah UPPM.

KUALA PENYU— Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kuala Penyu bersama sekurang-kurangnya 10 kakitangan pejabat UPPM daerah berkenaan dijangka disingkirkan daripada jawatan masing-masing dalam masa terdekat.

Rata-rata mereka mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury untuk memegang jawatan masing-masing di pejabat unit tersebut selepas pilihan raya umum ke-14 lalu.

Ura-ura penamatan mereka ekoran keputusan LImus keluar dari Upko dan menjadi Adun Bebas beberapa hari lepas.

Difahamkan PPM Kuala Penyu, Jepinus Kemuin sudah dihubungi Pengarah UPPM Negeri, Haji Abdullah Minun Haji Sahirun untuk beliau melepaskan jawatan berkenaan kerana tidak lagi sehaluan dengan kerajaan.

“Dia (Jepinus) sudah dimaklumkan supaya menulis surat mengundurkan diri dari jawatan PPM dan ia dijangka disusuli Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) dan kakitangan yang lain,” kata sumber dari pejabat UPPM Kuala Penyu.

Seorang pemimpin Upko Pusat dijangka mengambil alih jawatan PPM dan nama beliau sudah disebut-sebut sejak pendirian Limus tidak lagi menyokong kerajaan negeri yang dikuasai Warisan.

Jawatan-jawatan yang bakal dikosongkan itu dijangka diisi oleh mereka dari Upko dan Warisan sekiranya tidak ada perubahan kerajaan yang semakin panas kebelakangan ini.

Bagaimanapun pemerhati politik berpendapat kejutan dijangka berlaku dalam masa terdekat dan besar kemungkinan boleh menyebabkan kerajaan tumbang apabila sebilangan besar Adun nekad untuk mengakhiri kemelut politik yang berlaku.

Hj Abdullah Minun…Pengarah UPPM.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN