Sapri (tengah) dan Jainisah (dua kiri) ketika sesi kunjungan hormat.
KOTA KINABALU: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kunak dan Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah bakal melaksanakan beberapa program secara kolaborasi.
Timbalan Pegawai PPD Kunak, Sektor Perancangan Daerah, Sapri Lakim berkata selain menjadi lokasi persinggahan bagi program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG), pihaknya juga mendapat persetujuan untuk menggunakan ruang parkir JaPen semasa program.”Selain program KMJG, kita akan bangunkan dan letakkan sebagai sebuah kawasan parkir tapi pada masa yang sama kita akan gunakan untuk berbagai aktiviti, sekurang-kurang dapat
membantu kami mengatasi masalah ruang pejabat yang sempit,” k
atanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor di Kompleks Kementerian Komunikasi dekat sini, pada Khamis.
Hadir sama, Timbalan PPD Kunak Sektor Pembangunan Murid, Lajahuri Lajahiri dan Ketua Pembantu Tadbir PPD Kunak, Lani Marlina Antarawi. -Penerangan-



