Robert (dua dari) bersama rombongan semasa melawat tapak yang di cadang untuk pembinaan pondok ‘mensurung’.
KENINGAU:Sebuah pondok ‘mensurung’ akan dibina di Kampung Bandukan dalam masa terdekat.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, pondok ‘mensurung’ itu amat diperlukan masyarakat tempatan yang mana akan digunakan oleh pemegang Adat Anak Negeri Sabah khususnya di daerah Keningau dalam melaksanakan aktiviti tradisi suku kaum dusun di daerah ini.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya memberitahu perkara itu ketika membuat lawatan di tapak cadangan pembinaan pondok tersebut kelmarin.
’Mensurung’ adalah ritual tolak bala suku kaum Dusun di kawasan ini yang dikendalikan oleh ‘Bobolian’ dibawah pengawasan pemegang-pemegang adat.
Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Ketua Daerah DUN N.40 Bingkor OKK Daniel Palangi, Staf Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.40 Bingkor dan Staf Pejabat ADUN N.40 Bingkor.