28 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Tenom masih meneruskan siasatan, mengesan suspek kes langgar lari

DSP Hasan Majid

TENOM: Polis di sini masih meneruskan siasatan dan mengesan suspek kes kemalangan langgar lari melibatkan seorang kanak-kanak lelaki pejalan kaki berumur 6 tahun yang belaku pada 20 Mac lepas di kawasan pekan ini.

Ketua Polis Daerah Tenom DSP Hasan Majid berkata, kenderaan yang disyaki terlibat dalam kes tersebut sebuah Perodua Aruz berwarna hitam berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV) yang berhampiran.

Walau bagaimanapun katanya, nombor kenderaan yang disyaki terlibat itu tidak dapat dipastikan.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika seorang kanak-kanak lelaki itu yang baru selesai makan bersama Ibunya di sebuah restoran berdekatan kedai serbaneka 7Elevan pekan Tenom.

“Tanpa disedari tiba-tiba kanak-kanak (mangsa) lari melintas jalan. Ibu mangsa hanya menyedari anaknya di langgar apabila melihat orang ramai berkumpul di tempat kejadian” kata Hasan.

Jelasnya, mangsa disyaki dilanggar sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz berwarna hitam, nombor pendaftaran tidak pasti pemandu tidak memberhentikan kenderaannya dan terus beredar dari tempat kejadian.

Dalam kejadian tersebut katanya, mangsa mangsa telah mengalami kecederaan di kedua-dua belah kaki kiri dan kanan dan telah dihantar oleh Ibunya sendiri ke hospital Tenom yang tidak jauh dari tempat kejadian untuk menerima rawatan.

Katanya, pihak polis telah membuat pemeriksaan di tempat kejadian dan tidak terdapat kesan serpihan kenderaan dijumpai di tempat kejadian.

“Pihak polis juga telah membuat Pemeriksan rakaman litar tertutup (CCTV) berdekatan lokasi kejadian namun tidak membantu siasatan disebabkan rakaman yang kurang jelas” katanya.

Hasan memberitahu, kemalangan ini telah diklasifikasikan dibawah Seksyen 43(1)APJ 1987 dan iasatan polis masih diteruskan.

Sehubungan dengan kes ini, Polis meminta agar sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk tampil ke Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tenom atau menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Alfred Bin John di talian 0132598557 bagi membantu siasatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN