31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Polis siasat sindiket guna nama wakil rakyat untuk menipu

Supt. Muhamad Farid Ahmad ketika sidang media pada Jumaat.



LABUAN: Polis di sini sedang memburu dan mengesan  satu sindiket yang menggunakan nama wakil rakyat untuk tujuan mendapatkan wang.


Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya telah menerima satu laporan daripada Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli yang nama beliau telah digunakan oleh  sindiket itu untuk meminta wang  daripada tiga ketua kampung.


“Modus operandi sindiket penipuan itu ialah menggunakan nombor telefon bimbit yang tidak dikenali dengan gambar profil ahli parlimen untuk menghantar mesej WhatsApp kepada orang yang disasarkan.


“Hasil siasatan lanjut pihak polis mendapati sindiket itu  menyamar sebagai Ahli Parlimen dengan menghantar  pesanan ringkas melalui WhatsApp kepada mangsa dengan meminta wang sebanyak RM3,500 untuk dimasukkan ke dalam akaun Masterpro Enterprise Clinic Society.”katanya dalam satu sidang media di Pusat Media Jawatankuasa Komunikasi COVID 19 di Wisma Perbadanan Labuan, pada Jumaat.


Justeru  beliau mengingatkan orang awam agar berhati-hati dengan sindiket penipuan  yang menggunakan nama ahli politik atau wakil rakyat  untuk mendapatkan wang.


Bagaimanapun katanya, sehingga kini  tiada kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak.


|Jelas beliau lagi, pihaknya telahpun membuka kertas siasatan  mengikut Seksyen  420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Kesaksaan  untuk siasatan lanjut.


“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara 1 tahun hingga 10 tahun dan sebat atau dikenakan denda” katanya.
TAMAT



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN