30.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Ranau berjaya rampas Ganja dan Syabu bernilai RM15,650.00

0LEH: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Polis daerah ini telah berjaya merampas dadah jenis Ganja dan Syabu dengan nilai keseluruhan RM15,650.00 dalam dua serbuan berasingan di sini pada 8 dan 11 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton, dalam kenyataan hari ini berkata, suspek terlibat juga turut berjaya ditahan.

Katanya, kes pertama melibatkan tangkapan dan rampasan dadah disyaki jenis Ganja seberat 297 gram bernilai RM14,850.00 dalam sebuah rumah tidak bernombor di Kundasang.

“Dalam serbuan kira-kira jam10 malam itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau  telah menahan tiga lelaki disyaki terlibat seterusnya membawa kepada penemuan Ganja yang disembunyikan.

“Kesemua suspek yang ditahan berumur dalam lingkungan 30an dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, sekiranya disabit dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati boleh dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali sebatan,” katanya.

RAMPASAN… antara yang dirampas dalam serbuan itu

Sementara dalam kes kedua, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ranau telah menangkap semula seorang lelaki berumur lingkungan 40an di Kampung Debut, di sini dan merampas dadah jenis Syabu seberat 8.0 gram bernilai RM800.00.

Menurut DSP Sammy, kes disiasat dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, sekiranya disabit dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 2 tahun, tidak lebih 5 tahun dan juga dikenakan sebatan tidak kurang 3 kali dan tidak lebih 9 sebatan.

Dalam pada itu, DSP Sammy menegaskan, PDRM Ranau memandang serius berkenaan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Justeru katanya, operasi akan dipergiatkan dari masa kesemasa bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang berkaitan dadah berlaku khusunya di daerah Ranau.

“0rang ramai dinasihatkan supaya tidak menjadikan dadah sebagai sumber pendapatan dan penggunaanya juga adalah dilarang. Sekiranya ditangkap tindakan tegas akan diambil ke atas mereka kerana PDRM tidak akan berkompromi dengan sesiapa saja yang tidak mematuhi undang-undang berkaitan dadah yang sedia ada.

“PDRM Ranau mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang telah tampil menyalurkan maklumat berkaitan dadah di daerah ini dan meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kesalahan dadah agar menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak IPD Ranau,” tambahnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN