29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Marin Labuan patahkan cubaan seludup minuman keras ke Menumbok

RAMPASAN…..Seorang anggota PPM menunjukkan minuman keras yang berjaya dirampas sebelum di seludup ke Menumbok, pada Selasa.

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Persekutuan Labuan menahan seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun serta merampas pelbagai jenis minuman keras tidak bercukai dalam sebuah bot kargo di perairan laut pantai Navy dekat sini, pada Selasa.

Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Labuan, Inspektor Shafiq Rezza berkata, rampasan tersebut dibuat selepas anggotanya menahan sebuah bot kargo yang bergerak dari Labuan menuju ke Menumbok Sabah kira-kira jam 10.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap muatan kargo tersebut telah mendapati sajumlah minuman keras jenama Guiness Stout, Royal Stout dan Anchor Beer dipercayai cuba di seludup keluar dari Labuan” katanya dalam satu kenyataan media di sini, pagi ini.

Shafiq berkata, kesemua barangan rampasan termasuk bot dan enjin sangkut jenama Yamaha 200hp yang digunakan dalam aktiviti itu telah dibawa ke Pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Persekutuan Labuan untuk tindakan lanjut.

Turut ditahan lelaki berkenaan yang bertindak sebagai juragan bot kargo berkenaan.

Shafiq berkata, jumlah keseluruhan barangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM70,000 dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN