30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Labuan temukan dua mayat lelaki berasingan

MAYAT…kelihatan anggota polis lengkap berpakaian PPE  mengangkat  mayat mangsa pertama  yang ditemui di kawasan pantai Pulau Rusukan Besar.

LABUAN: Polis di sini menemukan dua mayat lelaki secara berasingan  masing masing seorang ditemukan terdampar di pantai Pulau Rusukan Besar kita-kira jam 9.45 pagi dan satu mangsa lagi ditemukan di kawasan semak Pantai Damai Kampung Layang-Layangan kira-kira jam 2.20 petang pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan Deputi Superintendan (DSP) Mohd Ibrahim Ghani berkata,  pihaknya menerima laporan penemuan mayat pertama daripada orang awam, manakala mayat kedua dilaporkan oleh pihak anggota bomba dan penyelamat Labuan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal polis keatas mayat pertama dipercayai seorang lelaki yang sebahagian badannya  telahpun mereput.

TERBARING…keadaan mayat lelaki ke dua yang ditemui terbaring di kawasan semak Pantai Damai Layang-Layangan.

“Keadaan mayat lelaki berkenaan ketika ditemui berseluar pendek dan berbaju t-shirt dan indentiti mayat masih belum dikenalpasti” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Mohd Ibrahim juga merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kehilangan mana-mana individu atau ahli keluarga agar segera melaporkan ke Balai Polis yang terdekat.

Sementara itu bagi kes mayat kedua yang dilaporkan oleh anggota bomba merupakan seorang lelaki yang dikaitkan dengan cubaan membunuh diri di kawasan semak berdekatan Pantai Damai Layang-Layangan.

Katanya, sepasukan anggota polis yang tiba ditempat kejadian menemui seorang lelaki dalam keadaan terbaring dipercayai telah meninggal dunia.

TALI…. keadaan tali yang tergantung diatas pokok tidak jauh dari tempat mangsa terbaring.

“Hasil siasatan lanjut pihak polis telah menemui tali  yang tergantung diatas pokok berhampiran mayat.

“Pemeriksaan fizikal awal terhadap mayat  mendapati terdapat kesan jerutan tali dileher  mangsa” katanya.

Siasatan awal juga katanya, mendapati mayat mangsa telah diturunkaan lebih awal oleh seorang saksi yang mendapat maklumat mengenai cubaan bunuh diri di tempat kejadian.

Mangsa, seorang lelaki tempatan, berumur 21 tahun dipercayai membunuh diri akibat menghadapai tekanan hidup.

Sementara itu, kedua dua mayat berkenaan telah dihantar ke hospital Labuan  untuk tujuan bedah siasat. Kedua-dua  Kes disiasat sebagai kes Mati Mengejut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN