Supt. Mohd Hamizi Halim.
LABUAN: Pihak Polis di sini telah menangkap seramai 333 orang yang melibatkan lelaki dan beberapa wanita kerana disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah sejak Januari hingga Julai tahun ini.
Ketua Polis Daerah Labuan, Supritendan Mohd Hamizi Halim berkata, tangkapan itu turut melibatkan rampasan sebarat 368.21 gram dadah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai lebih RM24,00.00.
Katanya, antara jenis dadah yang berjaya di rampas termasuklah 337.48 gram syabu, 21 gram ganja dan 9.73 gram pil ekstasi.
“Operasi dan tangkapan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) itu juga telah menyita pelbagai aset hasil kegiatan dadah bernilai RM44,156.50 mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta 1988)”, katanya dalam satu sidang media di sini baru baru ini.
Jelasnya, pihak polis memandang serius kegiatan penyalahgunaan dadah khususnya pengedar dadah yang berlaku di pulau ini.
“Pihak Polis komited untuk membanteras kegiatan ini secara berterusan terutamanya untuk menangkap pengedar dadah yang aktif di pulau ini”,katanya.