30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Labuan tahan tiga lelaki  disyaki curi kabel Telekom

Tiga suspek yang ditahan.

Labuan: Polis di sini menahan tiga lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel milik Talekom Malaysia Berhad.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Supritendan Mohd Hamizi Halim dalam Satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan Polis pada 24 Julai lalu berkaitan kehilangan dan kerosakan kabel di kawasan Kampung Bukit Kalam dan Rancha-Rancha.

“Berdasarkan laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah   telah melaksanakan Op Lusuh dan telah berjaya menahan suspek berkenaan” katanya.

Jelas Hamizi, hasil daripada tangkapan itu, pihak polis juga telah merampas sebuah kenderaan dan beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk memotong kabel.

Kesemua  suspek yang berumur  35 hingga 42 tahun itu ditahan reman selama empat Hari bermula kelmarin (26) Julai untuk tujuan siasatan lanjut.

Hamizi berkata, dua daripada suspek didapati positif dadah Jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Hasil semakan lanjut mendapati ketiga tiga suspek mempunyai jenayah lampau berkaitan Seksyen 379/414 Kanun Keseksaan, Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15  (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Akibat daripada kes kerosakan dan kecurian kabel itu, Telekom Malaysia Berhad menganggarkan kerugian sekitar RM28,000.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN