27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Labuan tahan 9 PATI

DIPERIKSA…anggota polis ketika memeriksa PATI di salah sebuah rumah di Perkampungan Kiansam awal pagi Rabu.

LABUAN : Polis di sini berjaya menahan 9 warga Filipina di percayai Pendatang Tanpa Izin (PATI) dalam satu serbuan yang dilakukan serentak di Perkampungan Kiansam, pada pagi Rabu.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad dalam satu kenyataan berkata kesemua mereka yang ditangkap membabitkan dua wanita berumur antara 20 dan 42 tahun, lima lelaki serta dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur antara 12 hingga 18 tahun.

Beliau berkata, kesemua mereka ditahan di lokasi berasingan dalam satu serbuan serentak di perkampungan Kiansam, Jalan Bebuloh kira-kira jam 1 pagi pada Rabu.

“Hasil daripada pemeriksaan awal polis mendapati dua lelaki yang masing masing berumur 18 tahun itu telah tinggal di Labuan bersama kedua ibu bapa mereka yang memiliki Kad Pengenalan Tinggi (KPT) Permastautin Tetap, manakala dalam satu lagi tangkapan seorang wanita 42 tahun bersama 6 orang anaknya yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri didapati menetap di Labuan sejak 2018 untuk mencari pekerjaan bersama suaminya, namun suaminya telah kembali ke Zamboanga Filipina sejak Januari lalu.

Kesemua PATI berkenaan katanya, ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1953/69

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan juga boleh dikenakan sebatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN