31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Labuan periksa 21,000 kenderaan sejak PKP 2.0 diaksanakan

PERIKSA… DSP Mohd Ibrahim ketika melakukan pemeriksaan  kenderaan di SJR Jalan Tun Mustapha, pagi ini.

LABUAN: Polis di sini telah memeriksa sebanyak 21,000 kenderaan pelbagai jenis  di dua lokasi sekatan jalan raya (SJR) sejak Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) dilaksanakan pada  13 Januari lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata,  dua sekatan jalan raya tersebut masing masing di Jalan  Tun  Mustapha Batu Arang dan Jalan Patau-Patau yang membabitkan 40 anggota polis  termasuk beberapa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  yang bertugas 24 jam.

“Hasil daripada pemeriksaan itu polis telah mengeluarkan  41 kompaun atas pelbagai kesalahan yang melanggar syarat syarat PKP dan jumlah ini juga termasuk beberapa  individu yang cuba melakukan  rentas negeri dan mengunakan laluan jeti yang tidak diiktiraf di terminal feri Labuan” kataya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan  pemeriksaan di SJR Jalan Tun Mustapha, pagi ini.

Dalam pada itu, Mohd Ibrahim turut berpuas hati dengan sikap    masyarakat Labuan yang sentiasa mematuhi  peraturan peraturan yang ditetapkan  sekaligus  melancarkan tugas anggota SJR.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN