27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Labuan laksana dua sekatan jalan raya susulan PKPB

SUPT. Muhamad Farid Ahmad.

LABUAN: Polis di sini melaksanakan dua Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Tun Mustapha dan Jalan Patau-Patau susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa hari ini.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, sekatan yang diadakan di dua jalan utama itu beroperasi selama 24 jam melibatkan seramai 28 anggota Polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan anggota Rela.

“Sekatan Jalan Raya ini akan terus beroperasi sehingga tempoh PKPB tamat pada 30 Oktober depan dan pihak polis akan melakukan pemeriksan setiap kenderaan bagi memastikan hanya dua orang sahaja dibenarkan bagi satu kenderaan (persendirian).

“Jika terdapat lebih dua orang dalam sebuah kenderaan kita akan arahkan mereka berpatah balik….mereka juga tidak dibenarkan membawa kanak-kanak atau warga emas kecuali bagi kes kes kecemasan” katanya kepada media selepas meninjau SJR di Jalan Tun Mustapha di sini, pagi tadi.

PERIKSA….. Farid ketika memeriksa salah sebuah kereta di sekatan jalan raya Jalan Tun Mustapha, pagi ini.

Bagi pengangkutan awam seperti bas mini mereka di benarkan membawa penumpang lebih tetapi perlu ada penjarakan fizikal dalam bas atau separuh daripada muatan sebenar.

Dalam perkembangan yang berkaitan, beliau berkata pihak polis akan meneruskan operasi pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standart di sekitar kawasan bandar dan juga di sekitar kampung bagi memastikan masyarakat terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selain itu, beliau juga menasihatkan kepada individu yang masih menjalani tempoh kuarantin di rumah supaya kekal berada di rumah sehingga mereka disahkan negatif dan getah gelang mereka di tanggalkan oleh pihak Jabatan Kesihatan.

“|Mereka yang ingkar atau didapati berada di tempat awam termasuk di premis perniagaan akan di ambil tindakan undang-undang” katanya.
TAMAT

PERIKSA….. Farid ketika memeriksa salah sebuah kereta di sekatan jalan raya Jalan Tun Mustapha, pagi ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN