ADVERTISEMENTspot_img

PMX Umum cuti Tambahan Aidilfitri 2026

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai penghargaan kepada rakyat yang bekerja keras sepanjang bulan Ramadan.


Beliau berkata, langkah itu diambil bagi menghargai komitmen serta dedikasi rakyat yang terus melaksanakan tugas sepanjang bulan berkenaan.


“Penetapan tarikh sebenar Aidilfitri masih tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.


“Jika Hari Raya jatuh pada Jumaat (20 Mac), kerajaan akan memberikan cuti tambahan pada Isnin (23 Mac).


“Sekiranya Aidilfitri disambut pada Sabtu (21 Mac) pula, cuti tambahan diberikan pada Jumaat (20 Mac),” katanya merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026, pada Ahad.


Menurut beliau, pengumuman awal dibuat bagi membolehkan rakyat merancang perjalanan serta persiapan menyambut perayaan bersama keluarga.
Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali dan Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki.Oleh: Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN