31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PMBS AKAN PERKENAL FESTIVAL AMBUYAT

Mohd Arifin, Shahelmey, Hipni dan tetamu lain bergambar kenangan selepas majlis itu

OLEH: HJ M.AMIN HJ MUIN

KOTA KINABALU: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah akan memperkenalkan Festival Ambuyat bermula tahun ini, kata Presidennya Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata Festival Ambuyat ini akan diselang seli dengan Festival Baurung-Urung yang sudah diadakan dua tahun berurut-turut sejak 2022 dan 2023.

” Untuk tahun ini kita akan angkat Festival Ambuyat (FEMMBES) untuk diselang seli setiap dua tahun sekali dengan Festival Baurung-Urung,” kata Mohd Arifin ketika berucap merasmikan Sambutan Aidilfitri PMBS 2024M/1445H di Dewan Tun Sakaran Raia Hotel di Sembulan psda pagi kelmarin ( Ahad).

Beliau berkata Pertandingan Ambuyat yang sebelum ini salah satu dari acara dalam Festival Baurung-Urung akan diangkat menjadi satu festival yang memberikan tumpuan dan infak positif kepada produk sagu ini.

Mohd Arifin berkata sebagai makanan tradisional masyarakat Brunei dan juga makanan masyarakat lain di negeri ini tiba masanya PMBS mengangkat produk ini agar dikenali oleh masyarakat luar sebagai salah satu produk untuk menarik pelancong.

Kenangan…AJK Tertinggi Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pimping di KK rakam kenangan bersama Mohd Arifin.

Menurut beliau satu Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang juga salah seorang dari tiga Naib Presiden, Datuk Hajah Masnah Matsalleh sudah ditubuhkan dan kini sedang giat merancang pengisian Festival Ambuyat ini.

Beliau berkata jika semuanya berjalan lancar Festival Ambyat ini akan diadakan pada September atau Okt tahun ini.

Mengenaii PMBS, Mohd Arifin berkata persatuan itu telah menubuhkan Yayasan Dangsanak Sabah ( YDS) dua tahun lalu dan yayasan ini yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya ( CEO), Datuk Haji Sabdin Ibrahim juga telah melaksanakan beberapa aktiviti untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan anak-anak masyarakat Brunei.

” Untuk tahun ini kita telah menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada semua 30 cawangan PMBS seluruh Sabah untuk cawangan mengadakan kegiatan mereka sempena bulan Ramadan yang lalu,” katanya.

Mohd Arifin menambah YDS akan terus diperkasakan lagi agar ianya memberikan manfaat kepada masyarakat Brunei di Sabah secara keseluruhannya.

Beliau berterima kasih kepada Naib Presiden 2 PMBS, yang juga Pengerusi Sambutan Hari Raya Aidilfitri PMBS 2024M/1445H, Datuk Haji Ahmad Shah Talip bersama AJK Induknya kerana berjaya menganjurkan program remah mesra yang dapat mengeratkan lagi ikatan silatulrahim kalangan ahli-ahli PMBS seluruh Sabah dan para pemimpin masyarakat Brunei Sabah di negeri ini.

Mohd Arifin juga amat bangga dengan kehadiran dua bekas Presiden pertama dan pengasas Persatuan Brunei Sabah ( BERNAS), Datuk Haji Saidon Haji Basni dan Encik Mahmod Tahir serta dua lagi bekas Presiden PMBS, Datuk Haji Pengira Mohd Hussin Datuk Haji Pengiran Tahir Nasaruddin dan Datuk Haji Mohd Yusof Datuk Seri Panglima Mohd Kassim.

Mohd Arifin ketika berucap di majlis itu.

Sementara itu Ahmad Shah dalam ucapan alu-aluannya berkata Sambutan Hari Raya Aidilfitri persatuan ini diadakan untuk membolehkan ahli-ahli PMBS bertemu bukan saja kepimpinan tertinggi persatuan itu tetapi juga pegawai- prgawai tertinggi kerajaan dan juga kenalan lama sejak sekian lama tidak bertemu.

” Sambutan Aidilfitri adalah landasan terbaik untuk berjumpa semula dengan rakan-rakan lama krtana ada antara jemputan ada yang telah bersara dari petkhidmatan kerajaan,” katanya.

Turut memeriahkan suasana Aidilfitri yang dihadiri oleh lebih 350 tetamu ini ialah Timbalan Ketua Menteri 3 yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga Penaung PMBS Cawangan Tg Aru, Konsul Agung Negara Brunei di Sabah, Tuan Hipni Matarsad dan isteri, Konsul Muda Brunei ke Sabah, Hsji Mohamad Asrul Hj Abdul Samad dan isteri, Setiausaha Tetap Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Hanafiah Datuk Seri Penglima Mohd Kassim, dua bekas Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Haji Abdul Ghani Rashid yang juga Pengerusi Majlis Tatua PMBS, Datuk Hj Alias Ibrahim, Timbalan Presiden PMBS, Datuk Haji Pengiran Saiuddin Hj Pg Tahir, naib-naib presiden, Ahli Jawatankuasa Pusat PMBS dan para pegawai kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Pelbagai acara diadakan termasuklah lagu- lagu masyarakat Brunei, Hari Raya Aidilfitri yang diiringi oleh Kumpulan Gambus Kuswari dari Kg Binsuluk Membakut.

Para tetamu turut disajikan dengan makanan- makanan tradisional masyarakat Brunei di Sabah yang dibawa oleh cawangan-cawangan PMBS.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN