30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PL wujudkan tujuh rumah transit sementara untuk pesakit sembuh COVID 19 Kluster Saguking

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman


Labuan: Perbadanan Labuan menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Wilayah Persekutuan Labuan (JKPBD) telah menyediakan tujuh buah rumah transit sementara kepada pesakit COVID 19 (Kluster Saguking) yang telah sembuh dan telah dicaj.


Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr. Fary Akmal Osman berkata, bagaimanapun mereka yang berstatus warga negara sahaja yang akan ditempatkan sementara di rumah berkenaan.


“Ini kerana lokaliti Saguking masih lagi dalam pengawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), mereka yang sembuh tidak dibenarkan pulang dan bagi membantu mereka kita telah telah tempatkan sementara di rumah transit Perbadanan Labuan Taman Mutiara ” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.


Beliau berkata pihaknya akan memastikan mereka yang telah sembuh selamat untuk pulang bagi mengelakkan berlakunya jangkitan COVID 19 kepada mereka buat kali kedua.


Jelas beliau, penempatan rumah transit itu juga merupakan salah satu daripada inisiatif Wilayah Prihatin bagi Wilayah Persekutuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN