29 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PL terima sumbangan RM20,000 dari syarikat Hevilift Malaysia dan UW Global Inc.

TERIMA… Dr Fary menerima sumbangan cek bernilai RM10,000 daripada Adzizie sambil disaksikan Yarina


LABUAN: Perbadanan Labuan (PL) menerima sumbangan sebanyak RM20,000 daripada dua buah syarikat swasta yang diadakan secara berasingan pada Isnin.


Sumbangan setiap satu bernilai RM10,000 itu disumbangkan oleh Syarikat Hevilift Malaysia Kawasan Labuan dan Syarikat UW Global Inc.


Sumbangan pertama diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman oleh Pengurus Kawasan Hevilift Malaysia, Adzizie Adzlan mewakili syarikat itu.


Manakala sumbangan kedua oleh Syarikat UW Global Inc. disampaikan oleh Pengarah UW Global Inc. Fenddy Hamson.

SERAH……Fenddy menyerahkan cek bernilai RM10,000 kepada Dr. Fary.


Hadir sama pada majlis ringkas itu ialah Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Eksekutif Pentadbiran Hevilift Malaysia, Yarina Syamriani Yacob dan Pengarah First Resource Berjaya (FRB) Sardi Mat Salleh.


Syarikat FRB merupakan kumpulan syarikat kepada UW Global Inc.


Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran), Haji Rithuan Haji Ismail dan Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Supian Musa.


Dr, Fary yang juga Pengerusi Penguruan Bencana Wilayah Persekutuan Labuan ketika ditemui merakamkan penghargaan terima kasih kepada kedua-dua syarikat berkenaan yang prihatin untuk meringankan beban para petugas barisan hadapan dan masyarakat Labuan yang terkesan akibat Pandemik Covid19 dan PKP.


Dalam pada itu, Dr Fary menegaskan sebarang sumbangan berkaitan Covid 19 yang di serahkan atas nama Perbadanan Labuan akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bencana bagi memastikan sumbangan itu dapat digunakan sebaik mungkin.


Dr Fary berkata, sumbangan tersebut pastinya digunakan bagi menambah kit makanan dan keperluan peralatan di Pusat Kuarantin Jabatan Kesihatan sepanjang tempoh PKP. TAMAT


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN