27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PL terima peruntukan bajet pembangunan RM 15 juta

GAMBAR: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan…. Dr. Fary Akmal Osman.


LABUAN: Perbadanan Labuan (PL) telah menerima peruntukan bajet pembangunan sebanyak RM 15 juta daripada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) di bawah Program Strategi Jangka Masa Sederhana Pasca COVID 19.


Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman berkata, peruntukan tersebut bertujuan untuk merangsang semula ekonomi Labuan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID 19 dan juga Perintah Kawalan Pergerkan (PKP).


Selain itu katanya, kerajaan melalui Kementerian Kewangan juga telah memperuntukan sebanyak RM1.5 juta di bawah Program Rangsangan Ekonomi (PRE) bagi melaksanakan pelbagai projek penyelengaraan kemudahan awam.


“Melalui peruntukan tersebut Perbadanan Labuan telah mengambil tindakan untuk melaksanakan pelbagai projek-projek kecil bagi menggerakkan ekonomi Labuan secepat mungkin.


“Selain itu ia juga yang akan memberi manfaat kepada kontraktor disamping mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, pada Khamis.


Sementara itu, Perbadanan Labuan juga akan bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan bagi meningkatkan dan menaik taraf produk-poroduk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta memperlengkapkan mereka sebagai usahawan yang berdaya saing.
Borneo Daily Bulletin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN