28.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PL lulus peruntukan RM100,000 untuk pengurusan makanan Pusat Kuarantin Rawatan COVID 19.

Gambar – DR Fary Akmal Osman.

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  selama sebulan bermula pada 26 Mei lalu  sehingga 24 Jun ini, pihak Perbadanan Labuan telah  meluluskan peruntukan berjumlah  RM100,000 bagi tujuan pengurusan makanan di dua buah Pusat  Kuarantin Rawatan COVID 19 (PKRC) Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman  berkata ia membabitkan PKRC Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan dan juga Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)  di Sungai Lada.

Beliau berkata selain itu Perbadanan Labuan juga telah meluluskan peruntukan RM20,000 melalui Tabuang Amanah Perbadanan Labuan bagi perbelanjaan makanan kering seperti biskut, gula, milo, kopi dan sebagainya  bagi tujuan sajian kepada kepada pesakit COVID 19 yang menjalani kuarantin di pusat  tersebut.

“Usaha bagi menangani golangan pesakit COVID19  yang meningkat secara mendadak  juga turut mendapat kerjasama daripada  jabatan jabatan kerajaan untuk membantu  meringankan beban Hospital Labuan dan PKRC,” katanya dalam satu kenyataan media  yang dikeluarkan oleh Perbadanan Labuan di sini, pada Isnin.

SUMBANGAN…. Dr Fary (dua dari kanan) menerima sumbangan dari Syarikat Petra Energy Berhad untuk diserahkan kepada JBPD

Dr Fary berkata antara agensi kerajaan yang telah menghulurkan bantuan ialah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang bersetuju menyediakan  sebanyak 30 kg ikan segar ke Unit Detetik dan Sajian Hospital Labuan secara berterusan selama 20 hari.

Selain itu, Lembaga Pertubuhan Peladang  (LPP) dan Peniaga PHPP bersetuju  membbekalkan bahan segar dan basah seperti daging, ayam serta sayur sayuran kepada Hospital Labuan.

“Jabatan Pertanian juga turut membantu  dalam penyediaan makanan bagi pesakit COVID 19 dengan membekalkan sayur sayuran segar seperti pak choy dan kacang panjang pada masa yang sama  memulakan penanaman bagi  pembekalan secara berterusan kepada Hospital Labuan” katanya.

Beliau turut menjelaskan,  beberapa sektor swasta juga  turut menyalurkan sumbangan  antaranya Labuan FSA dan Petra Energy Berhad Labuan bagi sama sama membantu keperluan di PKRC dan Hospital Labuan.

“Semua bantuan dan sumbangan ini diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) dan Pusat Operasi Kawalan Bencana   (PKOB) bagi memastikan SOP dan keselamatan pihak-pihak  yang terlibat” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN