29.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PL laksana pelbagai program membantu rakyatsempena Hari Wilayah Persekutuan peringkat Labuan 2023

RITHUAN (Sembilan dari kanan) bersama staff PL pada Program Kempen Kibar Bendera Wilayah peringkat Labuan di Medan Selera, pada Ahad.

LABUAN: Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Labuan yang ke 39, Perbadanan Labuan (PL) akan menyediakan pelbagai program untuk membantu rakyat termasuk program Valuable goodies.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail berkata, program tersebut selaras dengan tema  sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 iaitu Kesejahteraan dan Kebajikan Warga Wilayah Persekutuan di Utamakan.

“Program Valuable goodies  merupakan antara program yang menarik dan dinantikan rakyat dengan  memberikan penawaran diskaun pengurangan bayaran kompaun dan pengurangan bayaran fasiliti milik PL sepanjang bulan Febuari 2023” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Kibar Bendera Wilayah Persekutuan peringkat Labuan di Medan Selera dekat sini, pada Ahad.

Justeru itu beliau berharap program valuable goodies ini akan dapat memberi manfaat dalam membantu mengurangkan bebanan rakyat disamping menggalakkan warga untuk menlunaskan tunggakan bayaran kompaun yang dikenakan.

Pada masa yang sama juga katanya, PL turut menyediakan inisiatif untuk membantu penjaja dengan menyediakan tapak berniaga di kawasan Pantai Damai Layang-Layangan dan  Kompleks Sukan Antarabangsa Labuan sepanjang bulan Febuari.

Rithuan dalam ucapannya juga turut menyeru warga Labuan untuk menghidupkan budaya bersopan santun dan bertanggungjawab  dengan menonjolkan keistimewaan  Labuan sebagai  sebuah Wilayah Persekutuan yang dinamik standing dengan  Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan, DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani, Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yusop Mohammad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Mohamad Syahffie Japril serta pegurusan tertinggi Perbadanan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN