SIMBOLIK… Rithuan (tengah) bersama Salmah dan Shahrulnizam ketika melancarakam secara simbolik Kalendar Pelancongan Labuan 2023
LABUAN: Perbadanan Labuan (PL) akan menganjurkan lebih 40 acara pelancongan sepanjang tahun 2023 sekaligus merealisasikan Labuan sebagai destinasi pelancongan negara yang berpotensi tinggi untuk dikunjungi oleh pengunjung dari luar dan dalam negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail berkata, kesemua 40 acara pelancongan yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan turut mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk MOTAC dan swasta serta badan bukan kerajaan.
“ Acara acara yang akan dianjurkan sepanjang tahun ini sebagai satu wadah bagi menghidupkan semula sector pelancongan yang merundum sebelum ini akibat COVID 19 disamping merangsang semula pertumbuhan ekonomi domestik di pulau ini” katanya.
Beliau berkata demikian kepad pemberita selepas melancarkan Kalendar Pelancongan 2023 Perbadanan Labuan di Wisma Perbadanan Labuan pada Rabu.
Hadir sama Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan, Dg Salmah Abbas dan Penolong Pengarah Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan, Shahrulnizam Sapar.
Rithuan berkata, antara acara yang akan dianjurkan sepanjang tahun 2023 termasuklah mengekalkan penganjuran beberapa signature event seperti Labuan International Sea Challenge (LISC), Borneo Art Festival (BAF), Remembrance Day,X-Multisport Challenge, Labuan Ride 2023 (TSS) Labuan Time Time Trail (LTT) dan Cross Channel Labuan sempena LISC.
“Menariknya pada tahun ini PL telah menerima penyertaan yang luar biasa bagi acara LISC yang mana pada tahun ini telah mendapat penyertaan penuh seramai 299 pemancing dari dalam dan luar negara seperti Australia, Macau, Hongkong dan Brunei berbanding tahun sebelumnya” katanya.
Jelas Rithuan lagi, pada tahun 2022 Labuan telah mencatatkan kemasukan seramai 960,000 pengunjung luar dan dalam negara dan daripada jumlah itu seramai 86,000 peserta daripada 15 acara yang dianjurkan menginap di hotel dan homestay.
Sementara itu katanya, penganjuran BAF adalah merupakan salah satu program yang dinantikan oleh penggiat seni dan budaya negara yang pada tahun lalu telah merekodkan seramai 10,000 pengunjung berada di Labuan untuk tempoh tiga hari penganjuran BAF.
Menurut Rithuan lagi, beberapa acara baharu yang dianjurkan oleh pihak swasta turut diperkenalkan antaranya termasuklah Labuan Mega Gats & Authoshow 2023 yang berkonsepkan pameran kereta mewah (super car) dari Borneo dan juga penganjuran International Cat Exibition.
Dalam pada itu katanya, PL turut memberikan komitmen dan bantuan kepada semua pihak penganjur yang turut menganjurkan acara acara yang menyokong aktiviti pelancongan yang tidak tersenarai dalam Kalendar Pelancongan Labuan tahun ini.