25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PKPD: SERAMAI 327 KIR DI NABAWAN TERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN

Arthur (tiga dari kiri)merakamkan gambar kenangan bersama petugas yang menyampaikan bantuan tersebut.

Oleh:Marutin Ansiung

NABAWAN – Seramai 327 Ketua Isi Rumah (KIR) dari tiga buah kampung di Daerah Nabawan yang dikenakan Perintah Kawalan Pegerakan Diperketatkan (PKPD) telah menerima bantuan berupa bakul makanan daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata  bantuan bakul makanan ini diberikan bagi meringankan beban mereka. 

Katanya, pelaksanaan PKPD telah menyebabkan penduduk yang terlibat tidak dapat keluar untuk bekerja  dan membeli barangan keperluan.

“Dalam tempoh begini kita perlu memastikan penduduk terlibat mempunyai bekalan makanan mencukupi. Saya juga memohon kepada Pusat Kawalan Bencana Daerah (PKOB) Nabawan untuk melihat keperluan penduduk terutamanya bagi kawasan yang dikenakan PKPD” katanya.

Justeru itu, saya ingin mengajak semua pihak terutamanya badan bukan kerajaan (NGO) untuk turut sama membantu dalam menghulurkan sumbangan.

Arthur merakamkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (P) yang turut  menyediakan bakul makanan kepada penduduk yang terkesan.

Ahli Parlimen Pensiangan itu menyeru kepada semua pihak untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Saya menasihati penduduk untuk terus berada di rumah bagi mengurangkan pergerakan dan hanya keluar sekiranya mempunyai keperluan yang penting. Kita perlu kembali mengekalkan daerah Nabawan sebagai zon hijau sepertimana pernah dicapai suatu ketika dahulu.

Dalam perkembangan lain, Arthur menyeru kepada semua penduduk untuk memberi sokongan kepada usaha kerajaan menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri semalam. Pelaksanaan pelan ini adalah penting bagi mengurangkan jangkitan covid dan memulihkan ekonomi negara.

Arthur ditemui pemberita ketika menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada penduduk di Kampung Murni C, Kampung Indah dan Kampung Pulutan yang dikenakan PKPD. 

Turut hadir bersama ialah Peter Jonu Pegawai Daerah Nabawan Peter Jonu Moinjil dan Pegawai Kebajikan Daerah Nabawan Andy Fatmal Mohamad Ikhsan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN