27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Disember 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PKP dilanjut, rakyat disaran bersabar dan jangan mengeluh

OLEH: JAINUDDIN NASIR

KOTA KINABALU : Rakyat di Negeri ini disaran agar tidak mengeluh dengan usaha kerajaan melanjutkan tempuh  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara sejak 18 Mac, sehingga 28 April, bagi menengani  Covid-19, yang kini menular seluruh dunia.

Pelajar Tahun 3, Jurusan Bahasa Manderin di University  Foreign Studies Beijing China, Cik   Noranggereni Binti Mohd.Kadir 21 (gambar), dari Kota Kinabalu, menyarankan semua pihak supaya mematuhi arahan kerajaan menerusi Majlis Keselematan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar ‘Stay At Home’ (diam dalam rumah)  bersama kelurga masing-masing.

“Ikut arahan pihak berkuasa dan beri kerjasama kepada para petugas barisan hadapan dan jaga kebersian diri”, jelas Noranggereni, ketika
di hubungi penulis pagi tadi.

Beliau yang merupakan  anak ketiga dari empat beradik, mengajak rakan-rakan khususnya  kedua ibu bapa supaya memanfaatkan masa PKP ini untuk berusaha  membuat kerja sampingan sebagai mengisi masa ruang yang ada dengan membuat pekerjaan yang boleh mendatangkan faedah, seperti menjual barangan seperti kuih-muih secara Online.

“Bagi kami yang belum dapat balik ke Universiti akan menyiapkan kerja-kerja Universiti dan tahun ini saya mengharapkan dapat  berpuasa bulan Ramadan dan kalau boleh dapat berhari raya bersama kedua ibu bapa saya”, tambahnya. –TAMAT

   

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN