31 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PKP-Unit Pasukan Gerakan Am (PGA) bantu anggota Polis Ranau.

RANAU: Seramai 27 anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) telah ditempatkan di daerah ini untuk membantu anggota polis sedia ada di sini, memantau pergerakan orang ramai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anggota PDRM Batalion 20 PGA itu tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau hari ini dari daerah Beluran.

DSP Sammy (tengah) ketika memberikan taklimat kepada anggota PGA

Menurut Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton, ketika dihubungi berkata, anggota PGA terbabit akan berada di daerah ini sepanjang PKP dikuatkuasakan.

“Pasukan bantuan ini akan membantu anggota polis sedia ada di sini dalam menjalankan tugas berkaitan pemantauan PKP.

“Pasukan (unit) ini juga telah diberi taklimat yang jelas berkaitan tatacara perlaksanaan penugasan,” katanya.

Dalam pada itu, DSP Sammy menasihatkan orang ramai supaya mematuhi Perintah PKP bagi membendung penularan wabak Covid-19 khususnya di daerah ini.

Tegasnya, pada ketika ini, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu, mereka yang tidak mematuhi undang-undang boleh diambil tindakan.” jelas beliau.

Pada Rabu, dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020.-TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN