27.2 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PKOB serah 31,700 pelitup muka kepada 17 buah sekolah rendah di Labuan

SIMBOLIK… Rithuan (tiga dari kiri) menyerahkan pelitup muka dan pengimbas suhu kepada Abdul Rahman sambil diperhatikan Fadzilah ( kiri) dan Kartika (dua dari kanan)

LABUAN: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Perbadanan Labuan menyerahkan sebanyak 31,700 keping pelitup muka dan 40 buah pengimbas suhu kepada 17 buah sekolah rendah yang terdapat di pulau ini.

Majlis simbolik penyerahan peralatan tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran), Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Dr Fary Akmal Osman kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan, Abdul Rahman Ahmad, di Wisma Perbadanan Labuan, pada Selasa.

Menurut Haji Rithuan, bantuan pelitup muka dan pengimbas suhu itu adalah sumbangan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai usaha kerajaan memastikan keselamatan murid dan pelajar sekolah di pulau ini daripada penularan wabak COVID 19.

https://www.borneodailybulletin.com/majlis-perwakilan-penduduk-diminta-menjadi-mata-dan-telinga-polis/

“ Selain itu, pemberian sumbangan pelitup muka dan pengimbas suhu itu juga sekurang-kurangnya akan dapat memberi keyakinan kepada ibu bapa dan pelajar untuk kembali ke sekolah disamping membantu meringankan beban pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)” katanya ketika ditemui media pada majlis itu.

Untuk rekod, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) telah mengagihkan sejumlah 18,867 keping pelitup muka kepada 10 buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan pada 8 Julai 2020 yang lalu.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Fadzilah bin Hj. Mahmud dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Nurzalizah Kartika Abdullah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN