24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Majlis Perwakilan Penduduk diminta menjadi mata dan telinga polis

KENANGAN… Mohd Dzulfaizal (sembilan dari kiri) dan Supt. Muhamad Farid (tengah) bergambar kenangan sempena Kunjungan Hormat MPP ke Ibu Pejabat Polis Labuan, pada Selasa

LABUAN: Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad mahu Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) menjalinkan kerjasama yang lebih erat sekaligus menjadi mata dan telinga pihak polis.

Beliau berkata kerjasama yang lebih erat amat diperlukan bagi membantu pihak polis mengekang dan membanteras kegiatan jenayah di kawasan komuniti masing-masing.

“MPP juga boleh memberikan nasihat kepada ketua-ketua kampung agar bekerjasama rapat dengan pihak polis terutamanya dengan Ketua Balai di kawasan kampung masing-masing bagi membantu pihak polis membanteras kegiatan jenayah” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Kunjungan Hormat dan Community Engagement MPP ke Ibu Pejabat Polis Labuan, pada Selasa.

Rombongan seramai 9 ahli perwakilan yang membabitkan jawatankuasa tertinggi MPP setiap zon diketuai oleh Pengerusi MPP Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan.

Pertemuan yang berlangsung hampir tiga jam itu telah membuka ruang perkenalan antara kedua-dua pihak disamping bertukar-tukar pendapat dalam kontek keselamatan dan keamanan.

Sementara itu, ahli perwakilan MPP yang hadir turut mengutarakan beberapa isu masalah sosial seperti kegiatan lumba haram di kalangan remaja, penagihan dadah, judi dan juga maksiat.

Menyentuh mengenai isu yang dibangkitkan oleh perwakilan MPP, Supt. Muhamad Farid menjelaskan bahawa pihak PDRM sedang giat melaksanakan pelbagai operasi dan tangkapan kes-kes jenayah termasuk kes berkaitan dadah, pecah rumah dan juga kegiatan lumba haram.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN