29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pihak konsesi digesa selesaikan masalah rumput panjang di tepi jalan

RANAU: Syarikat konsesi berkaitan yang ditugaskan memastikan menjaga kebersihan di sepanjang jalan utama di sini digesa bertindak segera berikutan aduan orang ramai bahawa rumput di tepi jalan tidak dipotong sejak sekian lama.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, aduan orang ramai mengenai rumput tinggi dan semak liar yang mula mengancam keselamatan pengguna jalan raya di sini mesti diberi maklum balas segera pada pihak berkenaan.

Rumput menghalang penglihatan pengguna jalan yang keluar masuk simpang jalanraya utama di sini

“Kami menerima rungutan daripada orang ramai bahawa tepi jalan sepanjang jalan dari pekan Ranau ke Lohan sudah berbulan-bulan tidak diselenggara. Rumput tinggi kini menimbulkan masalah penglihatan kepada pengguna jalan raya terutama mereka yang keluar masuk simpang.

“Ke arah itu, kami menggesa pihak berkuasa yang berkenaan di sini mengambil langkah drastik bagi membetulkan masalah itu sebelum kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi media di sini pada Rabu.

Sehubungan itu, Abidin yang juga Adun Paginatan menasihatkan orang ramai khususnya pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu di kawasan yang jarak penglihatannya terhad di tepi jalan yang tidak diselenggara.

Pihak konseai Pemborong Kekal Mewah membuat lencongan berhampiran jambatan yang tidak dapat dilalui sementara waktu

Sementara itu mengenai perkembangan berasingan, beliau berkata, sebuah syarikat konsesi telah mengambil tindakan pantas dalam memastikan trafik terus mengalir dengan membuat lencongan jalan selepas jambatan di Kg Kinaratuan didapati tidak selamat untuk digunakan.

“Pihak konsesi telah membuat pemeriksaan ke atas jambatan konkrit di Kg Kinaratuan dan berkata ia membahayakan keselamatan pemandu. Untuk itu, jambatan tersebut telah ditutup.

“Namun begitu, saya memuji tindakan pantas syarikat konsesi Pemborong Kekal Mewah yang mengambil tindakan pantas dengan membina lencongan jalan berhampiran supaya pemandu boleh memandu melalui kawasan terbabit,” katanya.

TAMAT

PIX

1 – Datuk Abidin

2 – Rumput tinggi dan tepi jalan yang tidak diselenggara mengancam keselamatan pengguna jalan raya di sini

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN