30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PGBM SABAH MAIN PERANAN JAYAKAN 07 DEKLARASI LANDSKAP BAHARU PENDIDIKAN: RAISIN

Datuk Raisin Saidin bersama Sebahagian perwakilan Guru Besar yang menghadiri program sembang Santai sempena Mesyuarat Exco Bil 1 PGBM Sabah.

Oleh: Dr.Francis Andin

KOTA KINABALU: Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Sabah memainkan peranan penting dalam menjayakan tujuh Deklarasi Baharu Pendidikan, Jabatan Pendidikan Sabah melalui keupayaan kepimpinan yang pengurusan sekolah oleh warga pendidikan, khususnya kalangan Guru Besar di negeri ini.


Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin berkata menyedari hakikat naratif pendidikan di sabah, Jabatan Pendidikan Komited mewujudkankan Deklarasi Baharu Pendidikan dengan memastikan kemanjadian murid dan sekolah berkualiti sebagai matlamat utama dalam kerja buat warga pendidikan di setiap peringkat.

Justeru katanya Guru Besar sebagai pengurus pengoperasian sekolah adalah antara yang menjadi tonggak kepada pencapaian deklarasi dengan mengembling komitmen yang bersungguh-sungguh bersama warga sekolah melalui kekuatan sedia ada sekolah dan kehebatan dalam kepimpinan kalangan Guru Besar.

“Saya yakin dan percaya jika semua warga pendidikan,khususnnya Guru Besar yang hebat dengan memenuhi Standard Kualiti Guru Malaysia (SGM) bagi menjamin guru berkualiti daripada segi profesionalisme, kompetensi dan keberkesanan mengajar, empat aspek utama perlu diberikan penekanan, iaitu orientasi ilmu, instruksional, pelibatan komuniti dan kualiti peribadi” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam program Sembang Santai bersama perwakilan Guru Besar , sempena mesyuarat Exco PGBM Sabah kali pertama 1 di salah sebuah hotel dekat sini.

Nordin(kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah Datuk Raisin Saidin

Sementara itu, Pengerusi PGBM Sabah Nordin Mohd Taip dalam ucapannya berkata kepimpinan PGBM Sabah sentiasa bersiapsedia dalam menyahut cabaran sebagai pemangkin serta pemacu Sepakat Sabah hebat dalam menjayakan bersama Deklarasi Landskap Baharu Pendidikan dengan kesungguhan prestasi kerja dengan penuh keyakinan, dedikasi serta berintegriti.

Justeru, katanya Guru Besar wajar mencari alternatif terbaik dalam memastikan halatuju pendidikan di sekolah seiring dan sejalan dengan Landskap baharu Pendidikan yang telah dilancar Jabatan Pendidikan sabah baru-baru ini khususnya dalam menyediakan murid yang menguasai tahap minimum dalam pentaksiran bilik darjah sejak peringkat pra sekolah, perdana dan seterusnya membekalkan murid yang telah melepasi tahap Minimum PBD ke sekolah menengah dan membantu mencapai salah satu deklarasi baharu menoktahkan kepala 5 dalam Gred Purata Negeri dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Jiwa pendidik dalam Kerangka SGM 2.0 merujuk kepada kepercayaan asasi yang membentuk gaya fikir dan amalan seseorang guru. Guru berjiwa pendidik perlu mempercayai bahawa ilmu mesti dicari secara sukarela dan berterusan untuk membentuk keperibadian, perwatakan serta profesionalisme seseorang guru yang harus dan sentiasa menjadi amalan di sekolah melalui kepimpinan berkualiti Ketua Pentadbir Sekolah iaitu Guru Besar,” katanya.

Mesyuarat 2 hari itu, dihadiri kira-kira 77 exco PGBM terdiri daripada Pengerusi, Proksi Setiausaha dan Bendahari daripada 24 daerah di negeri ini. Turut hadir membuat perkongsian Hala Tuju dalam Landskap Baharu Pendidikan JPNS , Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid (SPM) Tuan Mudin Beting dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pembelajaran Tuan Kipli Gitam

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN