Para Peserta Lawatan Jaringan dan Jalinan PGBM Sabah bersama sebahagian Guru Sekolah Dasar Negeri 004 Tarakan Kalimantan Utara Indonesia
TARAKAN : Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Sabah mengambil inisiatif mengadakan lawatan Jalinan dan Jaringan sempena Program Malaysia Indonesia Intelligent Alliance di dua buah Sekolah Dasar Negeri (SDN) di Tarakan Kalimantan Utara Indonesia, pada Isnin dan Rabu lalu.
Lawatan diketuai oleh Pengerusi PGBM Sabah Nordin Mohd Taip bersama kira-kira 30 orang peserta terdiri daripada Guru Besar dan wakil Guru. Dalam pada itu, Nordin berkata antara lain objektif lawatan singkat itu adalah bagi menjalinkan hubungan strategik dalam berkongsi aktiviti dalam bidang Science Technology Engieneering and Mathematics (STEM), selain menjadikan PGBM sebagai duta kecil membina hubungan persahabatan dengan sekolah di negara jiran terdekat dalam persediaan penganjuran program bertaraf antarabngsa dalam bidang tersebut.
Terdahulu berucap dimajlis menandatangani persefahaman pendidikan di sekolah Dasar 002 dan 004 Kota Tarakan Kalimantan Utara, Nordin berkata melalui persefahaman dan perkongsian pintar itu , ahli PGBM khususnya akan dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan kesenian dan kebudayaan serantau serta amalan baik bidang pendidikan luar negara.
“ Kita menggalakkan pentadbir sekolah dan murid melibatkan diri dalam program pendidikan bertaraf antarabngsa agar ianya menjadi ruang lonjakan perkembangan dan kepelbagaian kaedah serta pendekatan dalam memajukan kretiviti murid dan sekolah dalam menjayakan kemanjadian murid terutama dalam bidang sains, selaras dengan persiapan pengelolaan ”program “ Stem Exploration Camp” yang dijangka akan diadakan oleh Jabatan Pelajaran Sabah akhir tahun ini di Sk Pekan Menumbok Kuala Penyu Sabah Malaysia, katanya.
Sementara itu, Guru Besar SDN 002 Tarakan, Ibu Sri Lestari berkata lawatan PGBM Sabah Malaysia yang julungkalinya membawa mesej jelas akan kepentingan hubungan startegik antara sekolah di Malaysia dan Indoensia dalam memajukan bidang pendidikan serantau.

Nordin (kanan)menyerahkan MOU Pendidikan kepada Pak Suriansyah bagi pihak SD Negeri 004 Tarakan Kalimantan Utara Indonesia
“ Kami sangat mengalu-alukan lawatan ini, selain hubungan muhibbah antara pengurus sekolah , tapi juga memberi inspirasi kepada anak-anak kota Tarakan untuk menyertai program yang sangat bermanfaat yang dikongsikan oleh kepimpinan PGBM Sabah.
Katanya program itu amat disambut baik dan berharap lebih ramai anak-anak daripada sekolah dasar Tarakan dapat berkongsi pengalaman menarik dengan anak-anak di Malaysia, Sabah khasnya. Justeru katanya pihak Sekolah dasar akan berusaha merealisasikan hasrat PGBM Sabah dalam menjayakan program bertaraf antarabangsa kelak.
Dalam pada itu, Kepala Dinas Pendidikan Kota Tarakan Amrin Toha berkata pihaknya gembira menerima kunjungan ahli PGBM itu yang memfokuskan kepada kerjasama dalam menyebarluaskan pendidikan STEM bertaraf antarabangsa dan membuat perkongsian pintar berhubung penganjuran program STEM antarabangsa kelak dan memastikan pihaknya akan mengambil bahagian dan penyertaan.
Hadir sama dalam majlis itu Kepala Sekolah SDN 020 dan 004 Kota Tarakan Ibu Sri Lestari dan Pak Suryanshah.
Sepanjang Lawatan PGBM mengadakan pembentangan kertas kerja STEM, Makan malam, Lawatan SDN 004 dan SDN 020 serta lawatan ke pejabat Dinas Pendidikan Kota Tarakan. – Oleh Dr.Francis Andin