25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Disember 5, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Pewujudan PAWE Kg. Merampong bantu golongan warga emas

Robert (duduk empat dari kanan) dan Sairin (lima dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama AJK PAWE Kampung Merampong dan sebahaguan warga emas yang hadir pada majlis itu.

KENINGAU: Pewujudan Pertubuhan Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Kampung Merampong bantu golongan warga emas terus terlibat aktif dalam pelbagai aktiviti.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata, selain itu juga melalui PAWE golongan ini turut mendapat pelbagai bantuan dan latihan daripada pihak kerajaan.

“Pertubuhan ini adalah sangat baik untuk semua warga emas kerana pertubuhan ini adalah dibawah Kementerian Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat” katanya.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Aidil Adha anjuran PAWE di Kampung Merampog baru-baru ini.

Jelasnya lagi, PAWE Keningau ini diwujudkan pada 29 Mac 2018 dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Keningau yang mempunyai seramai 129 ahli.

Hadir sama mantan ADUN Liawan Datuk Haji Sairin Haji Karno.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN