Oleh: JD
LABUAN: Petronas Chemical Group Berhad menyerahkan sumbangan 500 kit makanan bernilai RM100,000 kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Wilayah Perekutuan Labuan yang diadakan dalam satu majlis ringkas di Bangunan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di sini, pada Sabtu.
Sumbangan diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Petronas Chemical Methanol Labuan, Sdn. Bhd, Lawai Jok kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan Dr. Fary Osman.
Selain barangan keperluan makanan harian sumbangan itu juga meliputi bantuan penjagaan kebersihan seperti sabun pencuci tangan (Hand Sanitizer), topeng muka dan lain-lain keperluan.

Menurut Dr Fary, sumbangan daripada Petronas itu membuktikan syarikat gergasi berasaskan minyak dan gas itu sentiasa prihatin dengan nasib warga Labuan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik COVID 19.
Fary berkata, semua sumbangan yang setiap satu kit itu bernilai RM200 akandi serahkan secepat mungkin kepada golongan sasar khususnya yang kurang berkemampuan bagi memastikan mereka tidak terputus makanan yang diperlukan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Jelas Dr. Fary sehingga hari ini terdapat 4,000 permohonan untuk bantuan kit makanan, dimana daripada jumlah itu seramai 2,000 sudahpun diagihkan melalui jawatankuasa penyelasaran bantuan makanan yang diterajui oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan, Ansharey Matarsad.
TAMAT