30.6 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PETRONAS hargai peranan media Labuan

Pengamal Media daripada Persatuan Penggiat Media Labuan bergambar bersama Praevitriana Yuliawiratman ( tiga dari kiri), Hiffani (kiri sekali) dan Azman (lima dari kiri)

LABUAN: PETRONAS sentiasa menghargai peranan media dalam melaporkan berita penting dan sahih sekaligus membantu PETRONAS menyebarkan maklumat dan mesej yang lebih tepat kepada pihak berkepentingan.

Pengurus Kanan, Perhubungan dan Komunikasi Strategik, Kumpulan PETRONAS, Praevitriana Yuliawiratman berkata media memainkan peranan bukan sahaja dalam melaporkan berita yang sahih tetapi juga membentuk persepsi masyarakat melalui laporan berita yang disebarkan.

“PETRONAS menghargai peranan media Labuan dalam melaporkan berita penting dan sahih kepada orang ramai sekaligus membantu PETRONAS menyebarkan mesej kepada pihak berkepentingan dan memberi impak yang bermakna.

“Oleh itu PETRONAS mahu memastikan hubungan erat ini terus dikekalkan bagi membentuk masa dapan yang lebih mampan” katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam PETRONAS bersama Media Labuan yang diadakan di Lazenda hotel di sini, malam kelmarin.

Majlis yang dihadiri pengamal media daripada pelbagai agensi itu turut dimeriakan lagi dengan persembahan karaoke, kuiz dan cabutan tiket bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah menarik.

Selain itu, semua pengamal media yang hadir turut menerima baucar PETRONAS bernilai RM100.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Chemical Methanol Sdn. Bhd. Labuan, Haji Haji Hiffani Mohd Jalil, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Azman Sipan, Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Fauziah Sidek dan Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN