24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Peter Anthony berdepan lima pertuduhan.

Peter Anthony diarak penyokong ketika keluar dari Mahkamah.

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Infrastuktur yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Peter Anthony mengaku tidak bersalah atas  lima kesalahan berhubung pengubahan wang haram berjumlah RM 8.75 juta ringgit di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, pagi tadi.

Kelima-lima pertuduhan tersebut melibatkan urus niaga pembelian tanah di Tongod yang melibatkan pihak berkuasa kemajuan pekebun kecil perusahaan getah RISDA.

CLICK – 👉 https://chanteekborneo.com.my/

Datuk Peter berhadapan dengan dua pertuduhan dibawah seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 berjumlah 3.75 juta ringgit.

Manakala, tiga lagi pertuduhan dibawah Seksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 berjumlah 5 juta.

Semua kesalahan dilakukan di Malayan Banking Berhad cawangan  Kg Air Kota Kinabalu.

Hakim Mahkamah Khas Rasuah, Abu Bakar Manat membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak 500 ribu dengan dua penjamin. Hakim juga memerintahkan Datuk Peter Anthony menyerahkan passport antarabangsa dan dikehendaki melapor diri ke Pejabat SPRM Sabah setiap bulan.

Tarikh pengurusan kes ditetapkan pada 4 Ogos 2020.

Sumber: RTM SABAH

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN